Tuesday, November 24, 2009

Kenali Insan yg Bernama Lelaki








Selamat sejahtera…
Bicara tentang bagaimana untuk tampil sebagai wanita yang sempurna di mata lelaki. Cantik dan sempurna bukan hanya pada paras rupa malah perlu ada kombinasi perwatakan menarik dan keistimewaan yang tersendiri. Bagi lelaki, dalam mencari wanita terbaik untuk dijadikan teman hidupnya banyak faktor yang perlu diambil kira kerana pastinya pilihannya itu akan menjadi peneman di sepanjang hayatnya bukan untuk tempoh masa seketika. Hakikatnya, lelaki suka pada wanita yang berperwatakan menarik, lemah lembut, murah dengan senyuman, sentiasa merendah diri, jujur, setia, suka berterus terang, pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan, berdikari, kuat semangat, tabah, matang dalam berbicara dan tingkahlaku, berfikiran terbuka, bersikap feminin dan keibuan, tahu menghormati pasangan juga keluarga dan kenalan.Mereka juga menyukai wanita yang sentiasa menjaga penampilan baik dari aspek berpakaian juga pergaulan seharian. Sentiasa bersikap sederhana dan pandai berjimat dan tidak terlalu mengongkong. Lelaki juga suka wanita jadi dirinya sendiri bukan wanita yang perasan ‘cantik’. Lelaki juga mudah tertarik pada wanita yang manja dan padai menarik perhatian mereka, dan boleh bersama dikala susah dan senang selain boleh menjadi pendengar yang setia. Lelaki juga suka pada wanita yang mampu memberikan layanan yang baik seperti tidak tinggikan suara, selalu menjaga hati dan tahu menghormati selain mengambil berat seperti tanya dah makan ke belum atau mengucapkan selamat pagi kepadanya. Dan yang tidak kurang juga pentingnya ialah wanita juga perlu tahu insan bernama lelaki merupakan golongan yang sensitif dan sukakan kelembutan serta keindahan…. Terus jadi pasangan terbaik di kalangan yang baik dan jangan sekali kali kita lupa dari mana asal usul kita…

Thursday, November 12, 2009

Wanita Cantik Menyihatkan Lelaki


WAHAI lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah bertemu atau berdampingan dengan wanita cantik!

Ini dibuktikan menerusi kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki.

Hormon testosteron berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain meningkatkan kesihatan dan memberi tenaga. Hormon ini berada pada tahap tertinggi semasa lelaki berumur 20 tahun dan berkurang seiring pertambahan usia dan tempoh hubungan.

Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat-urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat.

Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali yang memikat hati.

Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk mengetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya.

Di sinilah satu fakta menarik ditemui. Hanya dalam masa lima minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14 peratus manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48 peratus.

Tetapi berbeza pula apabila responden terlibat bertemu dengan rakan lelaki mereka. Tahap testosteron dan kortisolnya malah menurun sehingga 7 peratus.

Penjelasan mudahnya, semasa lelaki bertemu wanita cantik dan memikat, otaknya akan menghantar mesej pada kelenjar pituitari untuk mengeluarkan kedua-dua hormon tersebut. Ketika hormon itu tersebar ke dalam badan, sistem metabolisme akan menjadi lancar dan tubuh pun akan terasa lebih bugar.

Ternyata lebih menyihatkan tubuh badan selain tentunya membahagiakan ketika bersama wanita cantik berbanding melepak dengan rakan lelaki seperti yang selalu dilakukan oleh lelaki Malaysia di kedai-kedai mamak.

Wednesday, November 11, 2009

Tanda 100 hari sebelum kematian..



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Thursday, November 5, 2009

Kenali Buah Kegemaran Anda??






Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Barnett, beliau mendapati wujudnya satu hubungan unik antara manusia dan alam semula jadi. Menurutnya lagi, kita mampu menilai personaliti seseorang menerusi buah kegemaran masing-masing. Kaedah ini dikenali sebagai `Science of Fructology'.

Menurut Dr. Barnett, manusia mempunyai hubungan yang erat dengan alam semula jadi khususnya tumbuh-tumbuhan seperti buah- buahan. Seperti manusia, buah-buahan juga mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Setelah hampir dua dekad mengkaji mengenai kaedah ini, akhirnya Dr. Barnett dan ahli kumpulan saintisnya yang lain berjaya menemui kaedah kajian personaliti manusia menerusi buah-buahan ini.




7 Kategori buah-buahan yang mempengaruhi kehidupan manusia:-



Jenis limau
Contohnya seperti oren, lemon, limau nipis dan limau barli.



Kamu cenderung kepada warna-warna cerah dan gemarkan sesuatu yang mencabar. Rakan-rakan kamu pula gemar merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada kamu. Ini kerana kamu sendiri mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga rakan-rakan kamu yakin dengan nasihat dan pandangan kamu itu.



Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri kamu yang sebenarnya. Mungkin mereka boleh mengenali kamu dengan lebih rapat, namun ia memakan masa yang agak lama. Kadangkala kamu hanya peruntukan masa yang singkat untuk bersendiri. Kamu gemar berehat dan bersendiri hanya untuk tempoh seketika. Rakan kamu akan berasa senang dan tenang bila meluangkan masa dengan kamu. Kamu tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin melakukan perkara-perkara yang
menyeronokkan kamu.




Buah-buahan tropika
Contohnya seperti, pisang, betik, jambu, kiwi dan nanas.



Kamu sukakan pengalaman-pengalaman yang baru. Kamu gemar mencuba pelbagai jenis buah-buahan dengan pelbagai perisa sebanyak dan sekerap yang boleh. Orang di sekeliling kamu selalu menghadapi masalah dengan kamu kerana cara hidup kamu yang terlalu aktif. Kamu tidak sukakan sesuatu yang melibatkan kesakitan pada emosi kamu. Kebiasaannya pasangan kamu terdiri dari individu yang tenang berbanding kamu dan semestinya si dia menerima diri kamu seadanya.
Kamu gemar meluangkan masa dengan individu yang sememangnya akrab dengan kamu. Teman-teman beranggapan diri kamu seorang yang mudah didekati dan gemar berseronok.



Hakikatnya kamu ada pendirian yang tersendiri. kamu tidak suka menunjukkan perasaan sedih pada orang sekeliling. Simbol kamu itu melambangkan kamu seorang yang suka mengambil berat dan gemar berseronok.



Jenis Buah Ladang
Contohnya seperti epal dan pear.



Kata kunci di sini ialah kekuatan. Kamu bukan sahaja kuat pada diri sendiri tetapi kamu juga mampu menjadi tunjang kekuatan oleh individu yang berada di sekeliling kamu. Ini kerana kamu bijak membebaskan diri kamu dari tekanan hidup dan kamu sendiri tidak mudah mengalah. Sikap pentingkan diri sendiri tidak terkandung dalam keperibadian diri mu.



Kamu juga lebih cenderung berdiri atas kaki sendiri, kamu tidak bergantung harapan kepada individu lain untuk hidup. Ramai yang beranggapan kamu adalah seorang yang berpengetahuan luas dan itulah hakikatnya. Kamu gemar mencari ilmu dan berusaha melakukan sesuatu yang terbaik dalam kehidupan kamu berdasarkan pengetahuan yang kamu miliki itu. Kejayaan pasti menyebelahi kamu dalam setiap perkara yang kamu lakukan.



Jenis tembikai
Contohnya seperti tembikai dan tembikai susu.



Seorang yang murah hati dan gemar menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan. Bagi diri kamu, wujudnya kepuasan apabila kamu berjaya membantu orang lain. Kamu berhati-hati dalam memilih tumbuhan-tumbuhan yang ingin ditanam di sekitar tempat tinggal kamu. Kamu memiliki ramai teman rapat, ini kerana kamu memiliki keperibadian yang romantik. Kamu berusaha gigih bagi mengatasi kegagalan atau kekecewaan dalam hidup. Kamu melambangkan diri kamu sebagai individu yang berhati-hati.



Buah-buahan jenis beri.
Contohnya seperti, blackberi, blueberi, strawberi, raspberi, cranberi, anggur dan tomato.



Kamu gemarkan `party' dan keseronokan. Kamu suka menggembirakan orang lain. Kamu juga mudah mendapat teman baru kerana kamu adalah seorang yang peramah. kamu akan berusaha melakukan apa sahaja untuk menjadikan sesiapa sahaja sebagai teman biarpun dengan cara yang agak pelik. Kamu bercita rasa unik. Hinggakan makanan yang menjadi pilihan kamu juga adalah terdiri daripada makanan-makanan yang berperasa lain dari yang lain.



Personaliti kamu sukar dinilai kerana wujudnya kepelbagaian personaliti dalam diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun, keseluruhan personaliti itu saling berkait rapat dan sekali gus menonjolkan diri kamu yang unik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Simbol kamu melambangkan kamu seorang yang berpersonaliti.



Jenis Kekacang
Contohnya seperti walnut, hazel, gajus dan lain-lain.



Kamu ni `moody' lah! Kadangkala mood kamu berubah-ubah tanpa sebarang sebab. Ketegasan adalah lambang keperibadian diri kamu. Sekiranya kamu yakin kamu berpihak di pihak yang benar, kamu pasti berdegil dengan pendirian kamu itu. Orang yang berada di sekeliling kamu juga akan sentiasa bersikap lebih berhati-hati kerana kedegilan kamu itu. Dalam percintaan kamu adalah individu yang setia. Kamu sanggup mengenepikan teman-teman kamu hanya kerana ingin meluangkan masa bersama kekasih hati kamu.



Untuk mengenali kamu, individu itu perlu memperuntukkan waktu yang agak lama bagi memahami dan mengenali kamu dengan lebih dekat. Walau bagaimanapun kesabaran dan kesungguhan individu itu pasti akan berhasil juga akhirnya. Simbol kamu ini membuktikan kamu adalah seorang yang berpendirian.



Buah-buahan jenis labu
Contohnya kundur.



Kamu berpandangan jauh. Bagi diri kamu, wujudnya pelbagai perkara yang berlaku di dunia ini dan segalagalanya melebihi dari apa yang mampu manusia lihat. Kamu adalah individu yang sering berperasaan curiga. Individu di sekeliling kamu seakan terkejut dengan pengetahuan yang kamu miliki. Boleh dikatakan setiap persoalan yang kamu mampu huraikan akan menjadi satu kejutan terhadap teman-teman sekeliling mu. Teman-teman kamu akan bergantung pada kamu dan sikap ambil berat kamu itu pasti dihargai. Tekanan kerja yang kamu alami akan mendukacitakan kamu, tetapi lama kelamaan semangat kamu akan kembali pulih malah kamu lebih bersedia dalam menangani cabaran-cabaran mendatang. Kamu cenderung pada warna-warna yang pelbagai. Kamu melambangkan diri kamu seorang yang bersopan santun dan memiliki hati yang lembut.